rss

Info Ceramah Terkini

Photobucket

Selanjutnya...

Wibawa Nik Aziz yakinkan DAP kepada PAS

IPOH, 1 Nov: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."

Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri._

sumber : Harakahdaily

Dzulfikar Mashoor

Selanjutnya...

Amaran Tokguru - Fikir dua kali sebelum teruskan keganasan

BAGAN PINANG, 10 Oktober - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi amaran kepada Umno-BN agar berfikir dua kali untuk meneruskan taktik jahat dan ganas ini dalam usaha untuk mempertahankan kerusi Dun Bagan Pinang yang disandang mereka sebelum ini.


"Sedangkan Saidina Umar al-khattab dan Khalid Ibnu al-walid yang sebelum itu merupakan seorang yang bengis dan kejam pun akhirnya menjadi penyokong dan sahabat setia Rasulullah, inikan pula kita di zaman ini.

"Manusia tidak boleh hidup dengan bersikap degil dan keras, sebaliknya kita perlu hidup dengan ilmu dan akal fikiran untuk menjalani kehidupan dengan
lebih baik," demikian ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu 4, Kampung Sirusa, Bagan Pinang, Port Dickson malam tadi.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan keganasan sebagai cara untuk menang dalam pilihan raya merupakan suatu taktik lama yang menjadi amalan sejak tahun 1960-an.

"Ini adalah kerja orang-orang pada zaman dahulu, dan ini adalah kaedah primitif kerana Islam tidak pernah mengajar keganasan," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan mereka yang mengambil kaedah menggunakan keganasan sebagai suatu jalan untuk mencapai suatu kehendak
adalah golongan yang memiliki minda yang tidak mahu berubah.

Ustaz Nik Aziz menempelak mereka yang menggunakan pukulan dan serangan fizikal sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan kerana ia adalah suatu tindakan yang primitif.

"Orang yang intelektual akan menerima sebarang kesilapan malahan Islam mengajar umatnya mengambil kaedah intelektual, sama ada melalui kaedah
ceramah, berdebat dan sebagainya," ujarnya lagi.

Sambil menyatakan kemungkinan Umno-BN kian terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini sehingga sanggup menggunakan taktik keganasan, Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan kemenangan yang diperolehi tidak berpanjangan.

"Kemenangan yang diperolehi mereka dengan menggunakan kaedah ini tidak membawa ke kubur," katanya lagi.

Kehadiran beliau di Bagan Pinang menarik perhatian penduduk persekitaran sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya kerana masing-masing berpusu-pusu menuju ke program berkenaan.

kira-kira 2,000 orang ramai membanjiri perkarangan rumah Encik Zainal yang menjadi tempat program ceramah diadakan.

Sumber : BlogPRK31 BaganPinang

Selanjutnya...



Recent Posts

  • Laporan Polis terhadap Felda - Hari ini 12 November sekumpulan Peneroka Felda daripada Felda gugusan Selancar Rompin membuat 13 laporan polis berkenaan keengganan pengurusan Felda menyel...
  • Rakyat Didahulukan ?! - KAMPUNG TANAM - Kira-kira 300 masyarakat Orang Asli Kampung Tanam, semalam, mengadakan bantahan kerana mendakwa kira-kira 21 hektar ladang kelapa sawit mere...
  • Royalti - Hasil petrolium dijadikan wang ehsan yang diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), inilah yang sedang hangat diperkatakan sekarang untuk ne...
  • Rakyat Didahulukan ?! - KAMPUNG TANAM - Kira-kira 300 masyarakat Orang Asli Kampung Tanam, semalam, mengadakan bantahan kerana mendakwa kira-kira 21 hektar ladang kelapa sawit me...
  • Makluman Terkini - Blog Ini Berpindah ke : http://www.dpprompin.com/ Sekian Terima Kasih
 
Related Posts with Thumbnails